Wednesday, November 11, 2009
Ada apa sama MERAH? Ya... semua orang tahu ini adalah kaler, kalau xtahu pun, orang tu sah2 buta warna. Bila bercakap pasal merah je, macam2 anggapan orang. Ada orang cakap merah itu saga la (habis tu kat proton banyak je kaler lain), merah tu garang la (Ultraman xgarang pun), merah itu darah la (Mahsuri apa citer?), merah itu bendera merah ah (otak xpikir benda lain ke?), merah tu berhenti (ada je orang bedal jalan), Merah itu Awie (kejadah?) & macam2 ah lagi.
Kalau mengikut kajian lain yang aku tahu, Merah mampu menghilangkan masalah sakit kepala. Oleh itu jika korang mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata korang. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin. Paling koman pun, sah2 korang akan terlelap dengan nyenyaknya.
Lagi 1, kalau bab2 cam info bodoh lak seperti "Merah selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka." Ek eleh, geli pulak aku membacanya.
Terus terang aku cakap, aku suka warna merah(bukan sebab2 bodoh diatas), bagi aku warna tu sangat menonjol. Kalau tak, masakkan kaler merah lagi banyak daripada kaler lain kat meja Snooker tu untuk ditonjol. Ada gak orang pelik kenapa kalau lelaki suka warna merah. "Eh suka aku aa.. aku yang suka, bukan ko". Camtu aa aku cakap kat orang yang mempersoalkan kenapa aku nak beli warna merah. Mereka ini sangat bongok.
Tapi antara sebab yang aku nak citer pasal kaler merah ni adalah kerana kejadian dibeberapa hari yang lepas.
Pertama: Kelantan
Heh... memang betul, aku kagum ngan kesungguhan penyokong diorang ni hingga hampir 3 suku stadium bukit jalil diliputi ngan warna merah. Tapi yang xbestnya, sikap orang yang berpakaian merah 3 suku (segelintir) ni sangat la jakun & terlalu ikut hati. Wat kecoh xingat, sampai ada brader kameraman TV pun dapat 'hadiah' cecair merah yang dipaksa keluar dari kepala dia. Adeh, kes naya betul la, kan xpasal2, kena bayar ganti rugi & denda. Pada budak merah yang suka bikin panas tu, baik lu tengok beruk main bola, pastu ko nak bakar ke nak baling ke, ikut suka ko lah labu.
Kedua: ManWhore United (sorry aku elergi nak taip nama diorg)  Yang ni emosi aku kembali membawa keceriaan, apabila pasukan yang paling aku benci ni tumpas di tangan pasukan Chelsea. Ada gak suara2 sumbang penyokong dia duk backing, "ala, kalau 1-0 je", xpun diorang akan cakap, "kasi can aa kat Chelsea duk atas liga". Walauapapun diorang cakap, ada aku kisah? Janji ko kalah!! Hep hep horeyy!!! Serius cakap, aku akan sokong sesiapa sahaja yang lawan akan team keji tu, walaupun yang lawan diorang tu pasukan hidup segan mati tak mahu. Pada peminat pasukan 'itu', henti2kanlah kepoyoaan korang tu, bukan best pun team yang korang sokong tu pun. uhuhhuhu.. Ketiga: PohangYang ni agak sadis gak aa... aku agak kecewa ngan kekalahan Al-Ittihad masa final AFC Champions League aritu. Memang aku xfollow sepenuhnya, tapi sebelum ke final tu, aku ada aa tengok game diorang ni, punyalah best. Dengan itu, aku ngan beraninya cakap yang team ni sah2 akan juara. Tapi bila tengok final punya game, sikit punya lembab. Adeh.. frust betul, malas ah nak cakap lagi, tahniah ah ko Pohang, jangan jadi cam Pahang punya team dah ah.. huhuhuu..
Keempant: Liverpool Aku kesian tengok team ni. Rata2 luahan baik kat website mahupun blog semua memberikan kata xpuas hati pada managernya; Banitez. Bukan apa, kalaulah team ni cap ayam aku xlah kisah sangat, tapi memandangkan ni antara team unggul EPL, tu yg aku kisah tu. Ngan sikap manager yang suka jendul menyenaraikan pemain yg xmasuk akal. Taktikal toksah cakap aa.. Xkan sebab pemain banyak injured dia xleh mengekalkan kecemerlangan team ni. Patutnya dia dah boleh baget yang akan ada pemain injured. Oii Rafa, main snooker pun leh injured aa, inikan lak bola sepak.
Jadi kesimpulannya, merah membawa kesan pada beberapa orang 2 3 menjak ni. Terutama sekali bagi mereka yang merah padam muka akibat panas di bahan kawan2 & juga pada yang membaca blog ni.
Iklan Merah
Alangkah indahnya dapat iPhone kaler ni....
posted by Fariz |
11:49 AM
|
linkback
|
|
Tuesday, November 03, 2009
Warna-warni team EPL 09 & fans-nya Masa malam tu sabtu dikala Liverpool kecundang di tangan Fulham, bila aku bukak FB, rata2 kawan2 aku yg bertopenkan Syaiton Merah (ManWhore United), mula tag or komen kat aku bermcm2 ngan nada bangga, eksyen & nak cuba mengguriskan hati ku (cam yo yo oo je). Memang aku bkn fans Liverpool, tapi ni lah akibatnya kerana mengambil peluang di kala team Syaitan Merah ini tumpas ngan Liverpool ngan mengeluarkan kata2 kepuasaan & memudaratkan lena malam diorang masa tu.
Kesihan gak tengok Liverpool dikotak-katikkan, tapi nak wat camna, dapat manager yang makin mental bak rambut yang mogok nak keluar sejak bertahun lamanya. Selain tengok team masing2 mencorakkan permainan diorang, fans pun leh tahan gak ngan perlbagai peragai. Tapi jelas, tahun ni agak seronok tengok EPL, baru awal musim, macam2 keputusan upset yang kita leh dapat. Riadah inilah yang membuatkan aku kekal untuk isi malam2 sabtu & ahad ku. (hari lain yg pagi2 tu xdapek aa nak nengok). Walau apapun, aku bukan penyokong pasukan Syaitan Merah itu. Aku akan menyokong sesiapa sahaja yang berlawanan dengannya. Hentam ah aku camnapun, aku xkisah, tapi kalau aku hentam balik, jangan emo keterlaluan ek. Huhuuhhu...
 Rooney: kalau ko xblah, leh aa kita masuk sehati berdansa tahun ni.
Ronaldo: Ko tu pendek, sah2 nanti aku nak kena dukung2 ko, menci ah. Torres: Korang rasa kalau kita sepak ni sampai ke kat muka Rafa tu? Gerrard: ko try aa dulu, kalau aku sepak je kepala dia terus. Kuyt: Aku memang hangin ngan dia tu, korang xnampak aku cekak pinggang ni?
Rafa: Bebudak ni tak reti main ke? Wenger: Entah aaa, main galah panjang pun xreti. Penat aku tunggu turn aku.
 Bellamy: Hamik ni, mulut cam longkang!! Penonton: Ada aku kisah? Cak cak cacacak cakk!!
posted by Fariz |
12:30 PM
|
linkback
|
|
Thursday, October 22, 2009
 Chickenpox Ku, Chickenpox mu Jua
Dengan bermulanya ayat yg korang baru baca ni, jam menunjukkan 5.42pm. So ni bermakna, aku memang tengah tergedik2 nak balik sambil mata melirik2 kat jam taskbar window ni.
Walapun post sebelum ni cam janji2 taik ayam utk kerap aku update blog, tapi sayangnya baru kini kesampaian. Tu pun benda yg tak berfaedah utk korang baca.
Minggu ni merupakan minggu pertama aku bekerja setelah 2 minggu aku dilanda chicken pox. Hek, aku tau korang semua terdetik nak ckp, "jadah dah tua baru nak kena chicken pox ni?". Tapi nak wat camna, kuasa Tuhan. Untuk pengetahuan, ni adalah penangan ke-2 aku kena penyakit ni. Ya... memang kita boleh kena lagi, so jgn igt korang selamat walaupun dah pernah kena.
Doktor cakap, 1000 dalam 1, memang akan ada orang akan terkena chicken pox utk kali ke-2. Well, takdalah nak bangga, tapi ada aa perasaan unik tu dalam diri. Aku dijangkiti daripada anak ke-2 aku yg baru setahun umurnya, mungkin kerap aku mendukung dia, maka mungkin aku terkena ibu bisa chicken pox tu membuatkan aku kena lagi.
Dah puas aku kena ronggeng ngan kawan selama 2 minggu, akhir aku mula kerja. Punyalah melambak kerja, walaupun masa cuti berdering2 diorang duk sibuk tanya itu ini.
Update terkini, aku dah selesaikan kerja yang tertunda. Kini 4 komik mobile yang aku tengah handle ni dah pun masuk dalam wap portal Maxis. Iyargh.... taklah aku kena tohmahan lari ke, mati ke, tipu ke apa.. uhhuhuuh... nanti2 aa aku upload komik yang boleh korang langgan, biar tunggu betul2 telco promo. huuhuhu.. sekian, wasalam.
posted by Fariz |
5:38 PM
|
linkback
|
|
Wednesday, September 16, 2009
Raya Datang Lagi
Alhamdullilah tahun ni akan merasa berhari raya sekali lagi. Lebih menyeronokkan, tahun ni raya dah tambah sorang ahli keluarga terbaru. (anak aku ler tu) So, leh teruskan kempen mengutip duit raya utk anak-anak. Aku nak amik kesempatan ni ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin wat semua pengunjung blog yang dah bersawang ni. InsyAllah, aku cuba-cuba cuci sawang ni ngan mengupdate ngan lebih kerap. (walaupun aku xda topik sangat nak membebel).
posted by Fariz |
9:56 AM
|
linkback
|
|
Thursday, September 10, 2009
Stress n Strip Ntah apa kejadah internet opis aku kejap on, kejap off.Baru je nak mula rajin, tiba2 xda line, baru nak bersandar skit,ada net balik. Arghh... jadah weh, nak kasi makan gaji buta, kasi betul2 aa.. benci aa camni.Untuk menghindarkan dari memaki & mengushar orang keliling akusambil mengurangkan pahala posa aku, aku terfikir 1 benda.So utk hilangkan rasa stress yg baru nak tebal kuncup kat otak,aku bercadang utk hasilkan script/story utk komik strip.Saja je buat, xtahu utk apa pun. Mungkin kawan2 kartunis boleh amik guna kalau diorg nak. Ni merupakan script utk strip pertama yg pernah buat pun. Cambest aa gak wat script jintat camni,patut aa selalunya komik2 gini, kartunis tu buat je sendiri. huhuhuuh...Skang ni, baru siap 2 cerita, ok wut 2 cerita 1 hari, kalau sebulan dah berapa kan?ada korang kira? xda? aku pun xda... pergi la mam kan. huuhuhuhuh..p/s: oh ya, pada pengguna Celcom, jgn lepaskan peluang utk melanggan komik mobile pertama Malaysia. Wat masa skang terdapat 4 komik pilihan & yang pasti ianya ARTIS TEMPATAN. Sokonglah kartunis MALAYSIA!! (fuh.. senafas je sebut sambil menaip).Untuk melanggan sila taip AXARIA atau JAHAT atau CERIA atau KECOH ke-28444 
posted by Fariz |
12:11 PM
|
linkback
|
|
|